Friday, June 02, 2006

Resepi Caramel Norli

Tolong masukkan on behalf norli...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mula2 buat gula hangus dulu (campuran gula + air)
Sukatan nya ikut citarasa masing2,kalau nak kuah banyak/sikit.
Masak dan kacau sehingga berwarna keperangan dan tuang ke dlm
Loyang..

Bhn2 utk caramel nyer:

12 biji telur
1 tin susu pekat manis
1 tin air (tin bekas susu tu tadi)
1 sudu the esen vanila

Cara2 nyer:

Pukul semua telur hingga sebati..
Masukkan susu dan kacau.
Masukkan pula air dan kacau.
Akhir sekali masukkan esen vanila.
Kacau manual sahaja sudah mencukupi...

Kemudian tuangkan adunan tersebut ke dlm loyang yg telah mengandungi gula hangus tadi.
Kukus selama 20-25 minit sahaja, tak perlu lama..kalau lama sangat nanti keras caramel nyer..

Setelah caramel itu sejuk...barulah diterbalik kan ke dlm bekas lain...
Sebelum nak diterbalikkan tu,potong dgn pisau disekeliling bulatan loyang tu dulu supaya senang proses terbalik tu..