Monday, November 20, 2006

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE

ref: noorasmira

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber: Kak Noor Hannah

Bahan-bahannya
170gm butter
360 gm gula castor
3 biji telur ayam

Bahan-bahan ini dibancuh bersama
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate or coffee EMULCO or chocolate / coffee paste

Bahan-bahan ini diayak bersama
8 oz tepung HIGH PROTEIN (226 gm) à> any tepong pun bole..
2 1/4 oz serbuk koko (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais

Cara-caranya
1. Menggunakan mixer, pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4. Peringkat ini, gunakan whisker - masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
Cara menggunakan whisker begini: pegang whisker dan pusingkan whisker satu arah sahaja perlahan2,
dan sambil memusing whisker tu, menggunakan jari, putarkan batang whisker.
5. Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2 - juga gunakan whisker perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" persegi yang telah di minyakkan dan di alas kertas dengan suhu 170C selama 50-60 minit.
7. Biarkan sejuk betul2 sebelum keluarkan dari loyang. Kek mesti sejuk betul sebelum bubuh topping

Nota: UNTUK LEBIH MOIST – Sila kuks kek selama 1 ½ jam dan tutup loyang dengan aluminium foil.

Bahan untuk Icing
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung atau apa2 minyak lah
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

Cara membuat (sentiasa kacau sehingga selesai)
1. Campurkan susu, koko dan minyak.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat, sambil gunakan whsiker, kacau sentiasa dgn membuat bulatan (faham ke ni??).
3. Masukkan garam dan vanila.
4. Tak perlu menggelegak - nanti hangus, agak2 je pekat dia.
5. Bila dah sejuk betul, tuangkan ke atas kek rata2. Kalau tercair, senang je nak kasi pekat, masuk je dlm peti ais.

No comments: