Friday, November 10, 2006

Nasi Ayam Mama - BS' Recipe

Bahan-bahan

A. Untuk Ayam dan Sup

1 ekor ayam sederhana ( jangan potong atau potong dua shj)
1 pokok daun bawang (bersihkan dan simpulkan)
2 ulas bawang putih ( ketuk)
Air untuk merebus

Caranya

Masak air dalam periuk yang sesuai saiznya untuk merebus ayam. Masukkan daun bawang dan bawang putih tadi. Biarkan hingga air mendidih barulah dimasukkan ayam tadi. Pastikan seluruh bahagian ayam itu ditenggelami air. Biarkan ayam masak selama 10-15 minit (or lebih ikut saiz ayam), iaitu bila dicucuk bahagian yang tebal, keluar cecair yang jernih tanpa bercampur darah.

Sementara itu, sediakan satu bekas berisi air dan letakkan dibawah paip. Apabila ayam telah sedia untuk diangkat, keluarkan ayam dari air rebusan dan terus masukkan kedalam bekas air tadi dan pasangkan air paip agar air mengalir selama 5 minit. Tutup paip dan biarkan ayam dalam air sejuk tadi selama 5 minit lagi.Juga boleh menggunakan air ais untuk merendam ayam tersebut.

Kemudian keluarkan ayam tersebut dan toskan agar semua air nya keluar. Bila telah tos dan sejuk, ayam tersebut bolehlah di panggang atau digoring tanpa meletakkan garam atau kunyit. Jika suka boleh makan terus ie Ayam Hainan yang asli.

Hidangkan dengan tomato hiris, daun salad, hirisan timun, daun bawang (potong 1 inci) dan daun ketumbar. Kicap di jiruskan keatas ayam bila nak makan dan sos chili dihidangkan berasingan.

Air rebusan tadi, ambil mengikut sukatan untuk memasak nasi dan yang selebihnya boleh lah di buatkan sup, mengikut selera masing-masing.


B. Untuk Nasi nya

4 pot beras (terbaik ialah beras panjang atau basmati) - cuci dan toskan air
2 ulas bawang putih ]
3 ulas bawang merah ] Blend dalam pengisar kering hingga lumat
½ inci halia ]
1 batang serai (ketuk)
2 helai daun pandan (simpulkan)
5 pot air rebusan ayam (diambil dari rebusan ayam tadi) Minyak atau majerin untuk menumis Garam secukup rasa Sebuk kunyit untuk warna nasi kuning (jika suka)


Cara nya

Cuci beras hingga bersih dan rendam selama 10-20 minit. Kemudian toskan beras. Panaskan minyak atau majerin dalam periuk dan tumiskan bahan yang diblend dan serai hingga naik baunya. Kemudian masukkan beras dan goring beras dengan bahan lain tadi selama 2-3 minit. Kacau selalu agar beras tu rata goring nya. Masukkan air rebusan tadi, daun pandan dan garam secukup rasa. Kacau rata dan jika suka nasi berwarna kuning, bolehlah tambahkan serbuk kunyit.

Masak nasi seperti biasa. Setelah nasi kering, letakkan kertas dibawah tudung periuk agar wap tidak keluar dan nasi dapat masak dengan sempurna.

Bila nak hidangkan nasi, bolehlah ditaburkan dengan bawang goring dan daun bawang.


C. Untuk Sos Chili dan Kicap

Bahan-bahan nya

10 biji chili merah - bersihkan dan buang biji nya
4 ulas bawang putih - potong nipis
1 inci halia muda - hiris nipis
2-3 sudu makan cuka (atau air limau nipis or lemon juice) Garam / gula secukup rasa

Caranya

Masukkan chili, bawang putih dan halia dalam blender dan kisar hingga lumat. Masukkan dalam periuk kecil, campurkan cuka, gula dan garam. Tambah 2-3 sudu makan air dan jerangkan sehingga mendidih. Pastikan chili ini seimbang dari segi rasa pedas, masam dan masin serta manis nya. Jika suka dan tahan makan cuka mentah, sos chili ini tak perlu dididihkan.

Untuk Kicapnya, panaskan 1 sudu makan minyak dalam periuk kecil dan tumis 1 biji bawang putih (yang telah diketuk) hingga garing dan masukkan 4 sudu makan kicap masin dan 4 sudu makan kicap pekat, kacau rata. Masukkan pula 1 senduk sup yang telah masak tadi. Kacau rata hingga didih dan angkat. Kicap ini sepatutnya masin sikit kerana ayam kita tadi memang tidak ditaruhkan garam, so kicap ini lah untuk perasanya.

No comments: